RINDU
Assalamualaikum sayang pembaca saya!
Kalau baca post-post lama saya, ada dinyatakan bahawa saya tengah cuti 5 bulankan?
Gambar tu ialah sebahagian kawan saya.
Yes saya rindu mereka-mereka ini. Penat belajar ialah benda biasa bagi seorang pelajar universiti. Tapi penat layan perangai kawan-kawan lebih menaykitkan. Tapi itulah yang menambahkan lagi memory dalam dunia saya yang taklah sebesar mana.
Ingat lagi hari di mana kami baru pulang dari kelas. Kebetulan aku pakai baju jubah hijau, bertompok seperti harimau bintang. Meleret kalahkan permaisuri pakai ball gown. Dalam banyak-banyak kawan mesti ada yang sorang ni mengila tahap mengucap dibuatnya. Dalam perjalanan ke kedai makan, kawan sorang tu boleh pergi angkat kain aku , while yang lain ambik gambar. Nasib baik pakai seluar trek dalam. Haru biru kawan-kawan aku ni.
Dalam suka-suka pasti ada cerita yang duka kan? nak dijadikan cerita kawan aku ni jenis kasar sedikit. Tapi kami boleh je layan gila dia. Tapi orang yang paling rapat dengan dia ialah orang yang paling feminine dalam kelas kami. Nak di jadikan cerita, kawan kami tergurau kasar dengan kawan yang lembut tu. Dia punya sedih sampai sanggup datang bilik saya menangis. As a friend siapa sanggup biar sahaja dia menagis. So dalam group kami berbincang how nak baikkan mereka semula.
Elok-elok esok dia dah berbaik. Haha. Tak mudah orang yang berkawan lama tiba-tiba nak bermusuh.
Aku ini hanyalah anak tunggal dalam keluarga ku, maka kawan-kawan aku juga adalah keluarga ku.
Laki mahupun perempuan. setiap beban boleh jadi ringan bila dikongsikan dengan kawan-kawan. haragailah mereka yang rapat dan sanggup bersusah payah dengan kamu.
Thats all for today. love karin

Comments
Post a Comment